minggu lepas aku berkesempatan untuk menghadirkan diri ke sesi bersama Datuk Chef Li dan juga Dr. Azizan. Bersama dengan dua orang yang menjadi sumber inspirasi kepada ramai orang ini memang sangat berharga. Sesi bersama Datuk Chef Li di mulakan dengan dia menyuruh untuk melihat dengan menggunakan subconscious mind. Beliau memberi sebuah gambar yang tidak membawa maksud apa, sekadar bentuk-bentuk yang menyerupai kepala manusia. Beliau menyuruh kami menumpukan perhatian kepada tiga noktah di atas gambar tersebut selama 30 saat, dan kemudian pejamkan mata. Apa yang menarik, semasa memejamkan mata, timbul bulatan putih, dan terdapat rupa seorang lelaki berambut panjang di dalam bulatan putih tersebut. Padahal mata sedang tertutup, tetapi kelihatan jelas rupa lelaki tersebut. Itulah yang cuba disampaikan, dengan mata kasar, nampak sekadar benda yang buruk, tetapi dengan menggunakan minda bawah sedar, objek sebenar kelihatan.

Apa yang anda nampak di dalam gambar ini? kongsikan di ruangan komen
Aktiviti yang ringkas tetapi memberi impak yang besar kepada diri aku, tanpa sedar banyak benda yang dilakukan menggunakan minda sedar dan minda bawah sedar ini. Tetapi potensi minda bawah sedar ini adalah sangat hebat jika kita pandai menggunakannya. Dr. Azizan berkongsi mengenai alpha brainwave yang membantu beliau untuk mencapai banyak benda dalam kehidupan. Teknik asas yang dikongsikan adalah ringkas tetapi perlu diuji sendiri untuk mengetahui keberkesanannya. Aku masih belum berkesempatan untuk mencuba teknik asas yang diajar, insyaALLAH kalau dah berjaya akan aku kongsikan juga di sini. Teknik ini berkaitan dengan minda bawah sedar kita juga.
Contohnya, dalam kehidupan seharian kita, biasanya kita akan bermonolog atau berkata dengan diri sendiri. Apabila kita marah atau gembira atau sebagainya, seringkali kita berceloteh dengan diri sendiri, ramai orang mengaitkan dengan berkata di dalam hati. Sebenarnya kita berkomunikasi dengan minda bawah sedar kita. Sebab itu ramai orang menyarankan untuk sentiasa berfikiran positif, kerana jika kita berfikiran positif, perkara-perkara yang positif akan datang ke dalam hidup kita. Disebabkan minda bawah sedar kita ini akan membantu kita dalam mencapai apa jua yang kita ingini. Justeru itu, jika kita sering berfikiran negatif, apa yang kita akan capai adalah benda yang negatif jua.
Bermula dari sekarang, ubahlah cara kita berfikir, kerana ianya akan membantu kita mencapai lebih banyak perkara positif di dalam kehidupan. Gunakanlah minda bawah sedar kita ini dengan sebaik-baiknya, kerana ianya telah dibuktikan, kuasa minda bawah sedar kita ini adalah jauh lebih kuat dari minda sedar kita. Dalam suatu majlis budak-budak sekolah, satu demontrasi minda bawah sedar ini telah dilakukan, di mana 4 kerusi telah disusun, dan seorang pelajar di minta untuk berbaring di atas kerusi tersebut. Pelajar itu disuruh untuk fokus mengatakan beliau adalah papan dan batu. Setelah lebih kurang 5 minit, pelajar itu telah menjadi “papan dan batu”. 2 kerusi di tengah-tengah dialihkan dan badan pelajar tersebut tetap lurus tanpa bengkok walau sedikitpun, untuk menjadikan ujian tersebut lebih kukuh, seorang pelajar lain di minta untuk duduk di atas pelajar yang berbaring itu, tetapi hasilnya tetap sama, badan pelajar yang berbaring itu tetap lurus. Kemudian pelajar yang lain berjalan atas badan pelajar berbaring tersebut, masih sama keputusannya, tetap lurus.
Di sini kita dapat lihat bagaimana minda bawah sedar pelajar tersebut telah menjadikan badannya seolah-olah papan dan batu, keras dan rata sifatnya. Begitulah kekuasaannya yang perlu kita gunakan, jika kita ingin mencapai apa juga yang kita telah fikirkan, cubalah dari sekarang untuk menggunakan kuasa minda bawah sedar kita ini, kerana pasti ianya akan membantu kita dalam perjalanan mencapai matlamat tersebut. Buanglah fikiran negatif dalam hidup kita, jika orang lain negatif, berilah nasihat, tetapi jika mereka enggan mendengar, usahlah kita teruskan fikiran negatif tersebut. Hindarkan diri dari orang sebegini dan carilah mereka yang berfikiran positif. Kita tidak mampu untuk mengubah cara orang lain berfikir, tetapi kita mampu untuk mengubah cara diri kita berfikir.
Renung-renungkanlah… 
MAKSUD HURF PERTAMA NAMA KITA
MAKSUD HURF PERTAMA NAMA KITA
Huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan:-
A=Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B=Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C=Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D=Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja.Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E=Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F=Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G=Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H=Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I=Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J=Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas. K=Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L=Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M=Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N=Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O=Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P=Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q=Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R=Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S=Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka mungkir janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T=Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U=Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V=Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W=Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X=Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y=Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z=Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
(contoh=NICK IRFAN jadi huruf aku N dan I tapi bila dah check ada betol ada yang tak betol? tapi bila check nama sebenar aku plak? memang semua betol! hehe)
FAKTA YANG MENARIK BILL GATES
FAKTA YANG MENARIK BILL GATES
Siapa Bill Gates?ok Bill Gates ni adalah pengasas Microsoft yang umum semua tahu dialah orang paling kaya didunia.Mengikut kajian yang dibuat senarai orang paling kaya didunia sekarang ni, menunjukkan Bill gates masih lagi mengatasi pencabar2 yang lain dengar harta dianggarkan boleh beli malaysia dan beberapa negara asia lain.
Kalau dah kenal dengan Bill Gates,korang tahu tak fakta menarik tentang dia?Korang pernah terfikir tak macam mana mat salleh ni boleh jadi kaya raya sampai macam ni sekali? (tak tercapai akalku kalau difikir fikirkan)..
Cuba korang bayangkan setiap saat korang boleh dapat US$250.Apa yang korang akan buat?Kalau aku la memang tak tau nak buat apa.Makan tidur,shopping,belanja kawan2,p melancong,p tempat2 yang best dan macam2 lagi la yang aku akan buat time muda2 nih.
Ok Straight 2 the point.Jangan buang masa.Jom baca fakta menarik tentang Bill Gates.
1. Bill Gates menghasilkan US$250 setiap saat,sekitar US$20 juta sehari dan US$7.8 milion setahun! (Menarik bukan?)
2. Jika dia kehilangan atau hilang US$1.000, dia tidak perlu susah2 lagi untuk mengambilnya kembali kerana sama dengan waktu 4 saat untuk mengambil, dia sudah memperoleh penghasilan dalam jumlah yang sama.(Menarik bukan?)
3. Hutang nasional Amerika sekitar US$5.62 trilion, jika Bill Gates akan membayar sendiri hutang itu, dia dapat melangsaikannya dalam waktu kurang dari 10 tahun.(Menarik bukan?)
4. Jika Bill Gates dapat menyumbangkan US$15 kepada semua orang di dunia tapi dia tetap dapat menyimpan US$5 juta sebagai wang sakunya.(Menarik bukan?)
5. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan penghasilannya dan dalam masa setahun wang Jordan berjumlah US$30 juta, dia tetap harus tunggu sampai 277 tahun baru la boleh jadi sekaya Bill Gates sekarang.(Menarik bukan?)
6. Jika Bill Gates adalah sebuah negara, dia akan menjadi negara terkaya didunia iaitu ke 37 atau jadi syarikat Amerika terbesar nombor 13, bahkan melebihi kekayaan IBM.(Menarik bukan?)
7. Jika semua wang Bill Gates ditukarkan ke dalam pecahan US$1, kita dapat menyusunnya menjadi jalan dari bumi ke bulan, 14 kali ulang balik. Tapi jalan itu harus dibuat non stop selama 1400 tahun dan menggunakan sejumlah 713 buah pesawat Boeing 747 untuk mengangkut semua wang itu.(Menarik bukan?)
8. Bill Gates sekarang berumur 40 tahun. Jika kita merumuskan dia dapat hidup 35 tahun lagi maka dia harus membelanjakan US$6.78 juta per hari untuk menghabiskan semua wang sebelum dia mampus! (bahasa kasar sikit sebab jeles tengok dia kaya)hehe
9. Akan Tetapi!Jika pengguna Microsoft Windows dapat mengklaim US$1 untuk setiap kali komputer hang@rosak kerana Microsoft, Bill Gates akan segera bankrup dalam waktu 3 tahun!(Menarik bukan?)
Dari makhluk terkecil hingga makhluk terbesar semuanya bertasbih memuji Allah
AlQuran dan Sains
Allah telah menunjukkan kepada kita semua terlalu banyak bukti tentang kewujudannya termasuklah Nama-nama Allah pada bermacam makhluk. Kebanyakan bukti tersebut hanya dapat dilihat dengan menggunakan akal yang dianugerahkan terhadap ciptaanNya yang terbaik iaitu manusia.
Dari alam mikro hinggalah ke alam makro, daripada sekecil-kecil makhluk iaitu ATOM, hingga sebesar-besar makhluk seperti matahari dan bintang-bintang lain yang lebih besar seperti Antares dan sebagainya, semuanya membuktikan kewujudan Allah dan bertasbih memujiNya.
"Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah Al Hadid : Ayat 1
Konsep ATOM, di mana Elektron dikelilingi oleh Neukleus (Proton dan Neutron) adalah sama dengan konsep planet-planet mengelilingi matahari dalam sistem suria kita, begitu juga dengan sistem suria kita pula beredar mengelilingi Galaksi Bima Sakti dan begitulah seterusnya. Sungguh amat luas alam semesta ini, tiada siapa yang dapat menjangkaunya melainkan Allah S.w.t.
Bagaimana semua itu dapat beredar di dalam paksi dengan elok sekali, tanpa lari dari garisan orbitnya dan melencong ke arah lain? Sudah tentu lah ada yang mengawalnya.
Konsep ATOM, planet-planet dan sistem suria tadi sama lah konsepnya dengan umat Islam tawaf di Kaabah di Kota Mekah Al Mukarramah. Umat Islam tawaf mengelilingi Kaabah sambil memuji-muji Allah , maka begitu juga lah Atom, planet-planet dan sistem suria tadi, semuanya beredar di atas paksi (tawaf) sambil memuji-muji Allah.
Maka sekaligus sains sendiri telah membuktikan kebenaran ayat-ayat dalam AlQuran tersebut. Sesungguhnya segala makhluk di dunia ini bertasbih memuji Allah, hanya kita sahaja yang tidak tahu bahasa mereka. Dan yang lagi sedihnya, hanya MANUSIA sahaja yang ramai tidak suka malah langsung tidak memuji Allah, terutamanya orang-orang yang tidak beriman.
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun." Surah Al Israa' : Ayat 44
Kaabah letaknya bersetentangan / selari dengan masjid para malaikat di langit iaitu Baitul Ma'mur. Maka umat Islam bukan mengelilingi Kaabah kerana menyembah Kaabah , tetapi penyatuan hati menuju kepada ALLAH. Mengadap ke arah Kaabah hanya lah mengadap kiblat, yang mana kiblat itu secara terus menuju kepada Allah S.w.t.
Walaubagaimana pun manusia sendiri tidak sedari betapa tubuh mereka sendiri sebenarnya BERTASBIH memuji Allah. Kerana apa? Kerana setiap makhluk termasuk manusia terdiri dari susunan ATOM. Gabungan dari ATOM-ATOM lah yang membentuk pelbagai makhluk termasuk kita manusia. Bermakna ATOM-ATOM pada tubuh kita sentiasa bergetaran , tetapi pada ukuran yang sangat halus yang kita tidak nampak dengan mata kasar.
Proton dan neutron sentiasa mengelilingi elektron di dalam ATOM, dan dengan ini lah disabitkan bahawa mereka itu tawaf sambil memuji-muji Allah S.w.t.
Begitu juga dengan kicauan dan siulan burung, ombak menghempas pantai, bunyi deruman air terjun, suara-suara serangga dan sebagainya, tidakkah semua itu menenangkan jiwa jika mendengarnya? Itulah kerana mereka semua itu sedang berzikir (zikrullah), bertasbih memuji Allah, kerana itu jika kita mendengarnya maka jiwa kita pun turut merasa ketenangannya insyaAllah.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (ingat Allah)”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia." Surah Ar Ra'd : Ayat 28
"Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah Al Hasyr : Ayat 1
"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah Al Jumu'ah : Ayat 1
"Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa), sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan." Surah An Nuur : Ayat 41
Sehinggakan guruh dan petir juga adalah memuji Allah;
"Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya." Surah Ar Ra'd : Ayat 13
Dan banyak lagi ayat2 AlQuran yang menyebut tentang segala makhluk bertasbih memuji Allah. Maka adakah kamu masih tidak mahu bertasbih memuji Allah dan masih memuji makhluk2 lain? Bukti telah jelas diberikan sama ada secara rohani mahupun saintifik, adakah kamu masih ragu-ragu?
"Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur." Surah As Sajdah : Ayat 15
Semoga kita kembali mentauhidkan Allah dengan sebenar-benarnya. Cintai Allah, cintai Rasul, cintai kedua orang tua, sayangi manusia dan segala makhluk. Peace, love and justice for all :)




